arale ♥

Follow|Home
Friday, September 15, 2017 | 7:03 AM | 0 comments

hai gais,harini rajin pulak nak buat throwback setahun yang lalu.harini kita throwback gambar jee okey.







masa ni eksaited naik flight. hahaha first time kot. snyum skit


transit di abu dhabi. lawa kan airport dia. serius lawa gila. takda kawan kan, so selfie sorang jelah 



this one kawan dari pahang. sebab aku naik dengan pahang. orang lain naik dengan terengganu. so aku takda kawan pun masa ni. ajaklah dia bergambar hahaha even tak bercakap pun.


al kisahnya sampai di abu dhabi,aku dengan sorang lagi budak pahang takda tiket dari abu dhabi ke mesir. so ustaz pahang belanja aku dengan sorang lagi ni naik VVIP hihihi. jangan jeles. rezki tau hahaha


dalam flight VVIP. kerusi dia boleh buat mcm katil. pastu bantal dengan selimut dia sedia.aku duduk je tetiba ada pramugari tanya nak juice tak. tak sangka bestnya naik VVIP ni. takleh bayang kalau yang naik first class.lagi best kot.


yang TV tu ekonomi ada jugak. sama je, cuma tempat dia lagi luas. sebab kita duduk sorang sorang. best!

makanan dia boleh pilih. dia bagi menu. tapi satu pun aku tak faham hahaha. yang aku faham omelete je. so aku order yang tu dengan jus oren. gelap tu sebab malam kot waktu sleep. 




ni masa first first sampai mesir. terkejut dengan cuaca dia panas gila. ni masa pegawai bawa aku makan burger dekat kedai burger lah. lega sebab sejuk.aku nampak ada orang pengsan sebab panas sangat kan. kejut jap.

haa macam ni lah bangunan bangunan dekat mesir. semua warna sama je. berdebu je lebih .cuaca panas. takyah nak mekap sangat kalau datang sini hahaha, cair mekap tu.
kat sana aku duduk dekat bakan terengganu.setiap negeri ada asrama dia masing masing. so tak miserable sgtla. senior senior ada nk guide. 


ni pemandangan dari bilik aku. boleh lah cuci mati budak laki main bola. 
yang depan tu asrama kedah .yang kanan tu asrama sarawak.yang kiri asrama pahang.


pemandangan dari asrama kami





kami team budak baru dihidangkan dengan air barli susu. best gilaa. 


yang ni kawan kawan batch aku. saling mengenali lah sebab baru lagi kan. aku ni naik flight dengan pahang so tak kenal lagi .


first time kluar selepas 3 hari mereput dalam rumah. eksaited naik 


asrama terengganu.yang kanan tu sebelah perempuan. yang kiri lelaki. yang tengah tu surau 


apa ni? masa mula mula dtg senior hidang menda ni.yang ni nama dia "ish" haa mcm tu lah sebut. roti dia nipis keras sikit.dalam dia just letak sayur sayur,telur,daging skit. mcm tu lah. tapi aku tak suka. rasa dia pelik. tapi yang ni lah murah. jimat tau makan menda ni.


posing sikit depan asrama terengganu . nampak tak bendera ganu tu?
okey nanti aku sambung part 2 okey!





Thursday, September 14, 2017 | 2:38 AM | 0 comments
heylow,assalamualaikum gais. thankyou yg sudi baca blog ni even tkde org baca hahaha. tp okey apa. at least bebas sikit nak story story kan. ok harini nk story apa eh? tengok tajuk tu pun dah tahu . back to reality? what? sekarang bukan realiti ke? okey poyo jer. dengan rasminya dah 4 bulan aku ber honeymoon dekat rumah ni kan. aku punya wishlist masa dekat mesir ni haa. 
http://matcuoi.comnak kerja
http://matcuoi.comnak travel 
http://matcuoi.comnak beli semua stuf yang takda dekat mesir
http://matcuoi.comnak hadam semua resepi mama

uish sikit je tu mana ada banyak. oke first kita cerita wishlist pertama tu. konon balik malaysia nak kerja,nak kumpul duit lah konon kan. then sampai je malaysia,abah call ckp abah dah amek borang untuk kerja kafa. aku punya eksaited tu . tapi apakan daya,rezeki masing masing. bukan rezeki aku kerja kafa tu sebab cikgu ganti ni akan ganti cikgu yang bersalin . tapi takde pulak cikgu cikgu bersalin masa aku balik ni hahaha. then aku try mintak secret recepi,aku call lah ckp nk kerja smua tapi beberapa bulan je sebab still student kan. then dia ckp nk call balik then senyap sampai kesudah . so faham faham sendiri lah kan? then aku ada mintak kerja dkt giant tu, pastu tak dpt jugak . ingat nak mintak sabasun tp mcm dh terlambat je.last2 sekali aku reput je dekat rumah dengan keinginan nak beli mcm2 tapi berhuhu jelah sebab duit tak masuk. disebabkan bosan sgt duk rmh, my mom sruh kerja dgn dia which is tolong siram pokok bunga dia satu hari gaji rm10. okey aku bertahan dalam 2 hari je hahaha . sebab apa? pokok mak aku tu banyak gila wey, dan banyak pokok ros. ros ni bukan senang nak jaga . dlm 5 minit kot siram satu pokok tu sebab dia nak betul2 penuh pasu, kalau tak pokok tu mati . dan mak aku ada 10 pokok ros. jenuh wei. kerja dia bosan sebab kita just berdiri and siram . takda pergerakan langsung. pastu campur nyamuk lagi kalau siram petang . dlm 2 jam jugak tu siram smua pokok. serious talk,tak best . aku wonder sgt mcm mne mak aku boleh minat bunga smpai mcm tu sekali and jaga smua tu . yelah org kalau dh minat kan . mcm makeup jugak. bukan murah semua alat mekap tu,tapi kalau dah minat. semua menda boleh jadi kan . then lepas aku berhenti kerja dengan my mum,mak aku bagi cadangan lah dia buat cheesecake ,aku peegi COD dkt rumah orang . sebab memang mak aku dah lama dah jual jual kek ni tapi tak pernah lah buat COD. huhu ingat senang nk jual online. actually susah nak dapat pelanggan. ada lah sorang dua kawan lama yang beli . yang support tu . actually kan aku mcm terharu lah yang mana support tu . i mean golongan kawan kawan lama. aku doakan rezeki korang melimpah ruah in future. takda cerita sgt pasal kek ni. sebab bisnes kan ? banyak kena rahsiakan hahaha. 
okey next ,wislist aku pasal travel? acually sangat berkait dengan yg pertama. sebab kalau takda kerja ,nak travel mcm mana. hahaha . okey bukan nk travel sgt . aku punya semangat kan nk balik malaysia actually nk jumpa kawan kawan lama je. (even org taknak jumpa aku) hahaha. beraya di rumah or hangout ramai ramai menda yang biasa remaja buat kan dengan kawan-kawan, itu juga yg aku inginkan. aku juga manusia biasa. ada keinginan begitu. kan kan.tetiba topik ini tidak best untuk dbahaskan. soal hati dan perasaan.terasa hati dengan orang sekeliling, dengan yang dulu rapat kini mcm stranger. normal problem. biar menjadi rahsia aku dengan tuhan. haih haih jangan air mata pulak mengalir wey. kita skip ke wishlist ketiga okey
haaa yang no 3 ni pun sangat berkait dengan yang pertama hahaha. takda duit mcm mana nak beli mcm2 wey. adoi aku ni.jadi yang mampu aku buat ialah buat muka cute lah depan mak ayah aku cakap nak duit, nak beli macam macam hahaha,maklumlah dekat mesir mostly tak ada barang barang yang aku nak. kalau ada sekalipun tahan berapa lama je. kalau nak best beli malaysia lah. nasib lah mak ayah aku ni layan je sebab faham kan dah sampai mesir nanti dah susah nk dpt semua benda tu lah. alhamdulillah wishlist aku yang ketiga ni 50% lah kot menjadi kenyataan. 
wishlist yang paling last ni sangat sangat mencabar sebab memerlukan kerajinan yg sangat tinggi. tahap malas aku boleh tahan obvious jugak haa. bila duk kat rumah, jadi malas nak masak sendiri. sebab semua benda nak suruh mak masak. sebab nanti kat sana,dah tak dpat rasa masakan ibut kan . semua benda kena buat sendiri.actually tu alasan sebab malas hahaha. 
secara overall,wislist aku ni tak menjadi kenyataan lah. kita yang rancang tapi Allah sebaik baik perancang. stop dreaming fira and back to reality . cairo airport,kau tunggu aku datang!
http://matcuoi.com


Monday, September 11, 2017 | 7:50 AM | 0 comments

  lImpression of misr -1
. Masa  mula mula aku dtg cini, aku Nampak merata rata org duk mintak sedekah, dan semua yg sangat sangat mampu . kalau kat Malaysia aku jumpa org yg mintak sedekah di kalangan org tua kan  6i. tp kat cini mcm2 jenis. Even yg masih kecil ,dlm likungan 5-6 tahun dah mintak sedekah. Mak diorang pun berniqab semua . tp mintak sedekah. Aku pelik. Dari dulu prinsip aku, dia mampu , bbiarlah dia usaha kerja ke. Kenapa nk mintak .bila aku dtg sini . smpaikan, kalau aku taknak bagi duit ke air ke, mesti budak tu kejar. Mmg dia nk sgt. Kdg aku grm kan . tp mmg first2 aku dtg tu biar jumpa berpuluh puluh org mintak sedekah, mmg aku xbagi .then , masa tu sembang dengan senior . pstu ada dia ckp psl sedekah. “kalau awk perasan mmg ramai sgt kan org miintak sedekah”aku pun menda agi. Eksaited aa bila dtg topic ni. Then tak sempat aku masuk line, snior tu pesan . katsini kita amek lah pluang bersedekah. Tak rugi pun, ayat dia “ni bumi berkah,boleh jd yg meminta tu wali Allah” 
actually jgn lah kemaruk sgt dgn wali Allah ke apa. bukan nk kata, tp kebiaasaan org yg belajar agama lah yg mcm ni. tapi tak semua. betul kita nk mengajak org sedekah ,dgn ckp org tu wali Allah . so kita dak dak baru ni. waa so nk sedekah lah sbb mybe kita sedekah dpt lah apa2 nanti sbb kita bagi dkt wali Allah. ekk kan tak pasai2 lari aqidah kita. jgn sempitkan otak kita dgn dengar je apa org ckp tanpa usul periksa. tapi set mind. SEDEKAH SEBAB KAU TAK AKAN MISKIN DENGAN HANYA BERSEDEKAH SATU RINGGIT .BIAR MISKIN HARTA JANGAN MISKIN JIWA BAK KATA SYAMSUL YUSUF 











Credits ;

The Skin By : Mrs Af
Basecode : Pieqah
Edited : FIRA ALOVA

All rights reserved ® fira alova.

♦ Older Posts →